global
Terlampau Sayang, Sanggup Gali Kubur, Tidur Bersama Mayat Isteri
Pemergian insan tersayang pastinya bakal membuatkan seseorang itu merana jiwanya. Malah, tidak semua orang mampu menerima takdir bahawa insan tercinta mereka telah pergi buat selamanya.
Ramai yang berpesan, jika merindukan seseorang yang telah tiada, adalah lebih baik untuk titipkan doa buat mereka. Kalau boleh, jangan meratapi pemergian mereka dan mencuba hidup seperti sedia kala.
Namun, bagi seorang lelaki yang berasal dari Vietnam ini, dia dikatakan tidak dapat menerima kematian isterinya. Akhirnya, dia telah membuat satu keputusan untuk tinggal bersama-sama dengan isterinya semula.
Dia dikatakan sanggup untuk menggali kubur mendiang isterinya dan telah tinggal bersama mayat isterinya selama 17 tahun. Menurut laporan, isterinya telah meninggal pada tahun 2003 dan disebabkan perasaan yang sangat sedih, lelaki berusia 66 tahun ini menggali semula kubur si isteri.
Meskipun mendapat tentangan hebat dari anak-anak, dia tetap meneruskan niatnya untuk mengorek kubur isterinya dan memungkus mayat itu ke dalam sebuah beg.
Untuk membawa pulang mayat itu ke rumah, lelaki ini tekad membuat satu replika patung yang berukuran isterinya. Sesudah patung itu siap, dia meletakan mayat isterinya kedalam patung tersebut.
Setiap hari, lelaki ini dikatakan akan menukar pakaian patung tersebut dan sekaligus perkara ini telah dihidu oleh anaknya. Walaupun puas memujuk, ayah mereka tetap berkeras untuk menyimpan mayat tersebut.
Selepas baca diharap dapat klik artikel penaja untuk sokong kami terus menyiarkan cerita menarik untuk anda. Kami sangat menghargainya. Jangan lupa share cerita ini.
Selepas baca diharap dapat klik artikel penaja untuk sokong kami terus menyiarkan cerita menarik untuk anda. Kami sangat menghargainya. Jangan lupa share cerita ini.
Sumber: Vietnam Talk via OMM
Loading...
Loading...
Post a Comment
0 Comments