global
(Video) Khunsa Pilih Jalan Hidup Lelaki, Walaupun 16 Tahun Jadi Perempuan
Transgender ataupun dikenali sebagai golongan yang menukar jantina asal mereka, sering kali menjadi kritikan pedas oleh orang ramai. Tapi ada juga sesetengah daripada golongan ini dengan ‘berani’ mengakui dirinya khunsa supaya dapat dijadikan sebagai satu lesen untuk bertukar jantina.
Khunsa secara umumnya, individu yang memiliki dua alat kelamin dan dikatakan mempunyai mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.
Dah 16 tahun jadi perempuan!
Satu kisah mengenai insan khunsa di Indonesia, telah menarik perhatian orang ramai apabila kisah hidupnya didedahkan melalui media sosial. Insan dilahirkan sebagai seorang khunsa dan pernah menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan, dan dikenali sebagai Siti Aisha selama 16 tahun.
Walaupun hidupnya ketika itu sebagai wanita, tetapi dia menyatakan bahawa tidak mengalami waktu haid seperti perempuan yang lain.
Buat pembedahan alat kelamin
Pada usianya berganjak kepada 16 tahun, semakin hari semakin persis seperti seorang lelaki dan mula jatuh cinta pada golongan wanita. Dia juga tidak mengalami pembesaran payudara seperti wanita kebiasaan. Lama-kelamaan, janggutnya juga dilihat mulai tumbuh.
Disebabkan beberapa tanda-tanda yang begitu menonjol, dia telah membuat keputusan untuk menjalani pembedahan alat kelamin untuk menukarkan dirinya menjadi seorang lelaki. Kini, dia sudah memiliki nama lelakinya sendiri iaitu Kevin.
Ini bukan kemahuan saya, tapi pemberian tuhan!
Dalam temu ramahnya dalam sebuah video, Kevin dilihat meluahkan perasaan hiba apabila mengetahui situasi sebenar yang dialami oleh dirinya. Dia juga membuat permohonan maaf kepada kedua-dua orang tuanya sekiranya dirinya ditakdirkan tidak berpeluang untuk menemui jodoh dan memiliki zuriat sendiri.
Pertukaran jantina tanpa sebab adalah salah satu perkara yang menyalahi hukum fitrah dan semestinya dilaknat oleh Allah SWT. Semoga saudara dan saudari diluar sana yang membuat perkara ini, diingatkan untuk kembali ke pangkal jalan.
Sumber: Sosok via OMM
Loading...
Loading...
Post a Comment
0 Comments