PENDAKWAH bebas yang juga Pencetus Ummah (PU) Amin memaklumkan dia menerima teguran daripada pihak berkuasa Arab Saudi selepas isu usahawan sensasi, Nur Sajat yang berpenampilan wanita ketika berada di Tanah Suci tular sejak semalam.


Namun begitu, beliau menafikan khabar angin bahawa usahawan itu ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi atau dibawa keluar dari  Tanah Arab.

Beliau dalam coretan di facebook memaklumkan, ramai rakan dan jemaah umrah yang memberitahu ada terjumpa Sajat serta kawannya di tempat Saie dengan lengkap berpakaian wanita. 


"Ramai kawan kawan dan sebahagian jemaah umrah saya tadi jumpa Sajat dan kawan kawan di tempat Saie tadi . Kebetulan kami sedang buat ibadat Saie . Mereka masih bertudung dan sedang buat Saie . 


"Ramai jemaah muslimah terkejut dan tak sempat ambil gambar. Jemaah yang saya pimpin Saie tadi perasan , tapi saya tak perasan pula walaupun berada berdekatan . Semoga segala urusan dipermudahkan . 

"Inshaallah ada jalan kebaikan bagi perkara ini," katanya.

Beliau turut mengingatkan, semua jemaah muslimat  di Masjidil Haram Mekah suoaya memelihara aurat sebaiknya walaupun berada di kawasan solat muslimat . 





Dalam pada itu, beliau sebelum ini hanya mengambil pendekatan secara positif ketika diminta mengulas isu yang tular ini.


“Pertama sekali, kita bersangka baik. Mungkin dia (Sajat) masuk ke kawasan lelaki dan bersolat dengan jemaah lelaki. Namun, bila dimaklumkan dia masuk ke ruang solat wanita, ia menggugat kesucian kedua-dua masjid ini.

"Ini sudah menjadi satu isu besar yang diperkatakan dan dibincangkan oleh seluruh petugas umrah, serta pegawai Arab di sini. Mereka sedar ini membabitkan soal keselamatan dan kesucian Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,” katanya.



Sumber: PU Amin, Harian Metro