Loading...

Walaupun Putus Cinta Dua Kali, Neelofa Tak Putus Semangat


Selebriti popular, Neelofa mendedahkan dia menggunakan fasa kesedihan sebagai semangat pada dirinya untuk bekerja keras bagi mengukuhkan lagi nama dalam perniagaan.
Neelofa berkata, dia perlu membuktikan dirinya lebih kuat dan mampu menghasilkan kejayaan sendiri.
“Sudah tentu saya pernah dilukai… Saya memang dah rancang nak cakap pasal benda ni cuma menantikan masa yang sesuai untuk dikongsikan.
“Sebenarnya, masa mula-mula saya buat bisnes jual hijab dan kanta lekap tu memang tengah patah hati sangat.

“Saya putus dengan bekas teman lelaki saya ketika itu saya masih muda. Umur saya baru 25 tahun dan masa tu masih tercari-cari identiti diri.
“Kecewa dan sedih itulah saya gunakannya ke dalam bisnes. Saya rasa perlu buat sesuatu, perlu fokus, jadi saya duduk dekat pejabat sampai jam 4 pagi. Saya buat setiap hari selama beberapa bulan," katanya.
Neelofa nekad untuk buktikan kepada diri dan orang ramai bahawa dia wanita kuat dan mampu lakukan perkara lebih besar.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah program gaya hidup, Trek Selebriti yang dihoskan oleh Alif Farhan.

Bekas pengacara Meletop itu menegaskan dia bukan wanita yang akan menangis untuk sekian lama.
“Kali kedua saya sekali lagi kecewa, saya rancang nak buat benda sama tapi sasaran saya kali ni adalah untuk capai kejayaan di peringkat antarabangsa.
“Saya nak buktikan kepada bekas teman lelaki saya walaupun dia rasa cukup bagus, saya boleh buat lebih bagus daripada dia.

“Saya bukan yang jenis duduk bilik dan menangis tengok gambar lama semua. Tidak.. Saya bukan orang yang seperti itu. Saya akan gunakan perasaan sedih itu untuk buat sesuatu yang boleh cabar diri saya,” katanya lagi.
Sumber: Gempak via BSM
Edited By: Viral Meletops
Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments