Loading...

Alif Muhaimin yakin Sajat Ada Sebab Sendiri Bertelekung


Niat untuk mengerjakan umrah merupakan satu pencapaian terbaik bagi seorang muslim.
Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin berkata, dia enggan menuding kesalahan tanpa memperhalusi punca sebenar dan yakin Sajat mempunyai sebab tersendiri apabila memakai telekung di Tanah Suci.
“Secara peribadi saya tidak tahu sama ada ia patut atau tidak, tetapi jika dia sendiri mahu dekatkan diri dengan Tuhan dan niatnya suci dan ikhlas, saya rasa bagus. Namun disebabkan dia memakai telekung, ia menjadi isu.
“Bagi saya, sukar untuk dia memakai ihram kerana punya bentuk badan seperti wanita dan jika terdedah, mungkin akan mengganggu jemaah lain. Jadi apabila dia mengambil keputusan memakai telekung, mungkin ia bertujuan untuk tidak mengganggu jemaah lain beribadah," katanya.
Dia menambah,tindakan Sajat juga sekaligus boleh mengelakkan f1tnah kerana orang lain tidak tahu sama ada dia lelaki atau perempuan.
“Apabila dia berniat mengerjakan umrah dan sampai ke sana, ia satu pencapaian yang bagus bagi seorang muslim,” katanya yang akui biarlah pihak yang lebih arif untuk mentafsir.
Malah, tindakan Sajat memuat naik status di laman sosial miliknya itu dilihat sebagai kelaziman seorang selebriti berkongsi detik peribadi buat tontonan umum.
“Bagi saya, dia seorang selebriti media sosial dan tindakannya memuat naik di Instagram bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya mungkin itu cara dia untuk tunjukkan dia mahu berubah. Namun terjadi salah faham.
“Saya sangat berharap apabila dia pulang daripada mengerjakan umrah, akan terdetik di hati untuk berubah menjadi lelaki sejati,” jelasnya kepada MH.
Sumber: MH
Edited By: Kalam Keluarga

Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments