semasa
Tun M mahu perbaiki cara agama Islam diajar di sekolah
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, ada banyak perkara yang boleh diperbaiki dalam Kementerian Pendidikan, antaranya mengenai pembelajaran agama Islam.
Dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post, pemangku Menteri Pendidikan itu berkata, pendidikan agama Islam di Malaysia di sekolah terlalu banyak memberi tumpuan kepada isu akhirat.
"Akhirat itu perlu, tetapi tidak sehingga tinggalkan bahagian kita di dunia.
"Tekanan dalam pendidikan Islam tidak terlalu bertumpu kepada cara hidup Islam, nilai-nilai hidup yang dipegang oleh agama Islam," tegas Dr Mahathir.
Dalam masa sama, beliau menyelar sesetengah ibu bapa yang kuat kononnya memperjuangkan bahasa Melayu tetapi tidak mengamalkannya.
Pada hujung bulan lalu, Perdana Menteri menyatakan wujud beberapa masalah dalam Kementerian Pendidikan yang mahu diselesaikan selaku pemangku Menteri Pendidikan.
Sumber: Astro Awani / Google Image
Loading...
Loading...
Post a Comment
0 Comments