global
Suka Menyeksa Alat Sulit Haiwan, Perangai Pelik Anak Hasil Pernikahan Sedarah
Daily Mirror
Perkahwinan sedarah atau sumbang mahram tidak dibenarkan bukan sahaja dalam agama, malah turut memberi kesan buruk daripada segi perubatan.
Namun, keluarga ini sama sekali tidak mengendahkan peringatan tersebut. Mereka mempraktikkan budaya berkenaan dan membangun keturunan melalui cara perkahwinan sedarah.
Keturunan Colt yang berasal dari Australia ini melakukan budaya perkahwinan sedemikian hingga empat generasi.
Martha Colt adalah ibu dengan empat anak hasil hubungan intim dengan saudara lelakinya sendiri. Dia adalah satu daripada enam anggota keluarga yang dipenjara kerana melakukan perbuatan itu.
Polis menemui kira-kira 38 anggota keluarga Colt yang tinggal di khemah dan rumah kecil di pertanian New South Wales Selatan pada 2012.
Seramai 12 anak hasil perhubungan itu memiliki bentuk fizikal dan sifat yang ganjil. Mereka sukar bercakap, tidak terurus, buta huruf, kekurangan nutrisi dan tidur di sebelah gumpalan najis. Mereka berusia lima hingga 12 tahun dengan hampir semuanya cacat wajah.
Seorang anak lelaki mereka memiliki gangguan berjalan dengan psoriasis yang parah dan menghadapi masalah pendengaran serta penglihatan.
Sementara gadis berusia sembilan tahun tidak boleh mendengar atau menulis serta mengalami gangguan bercakap dan tidak pandai mandi.
Beberapa anak itu juga memiliki perangai yang aneh seperti sering menyeksa alat kelamin haiwan dan berhubungan intim dengan sepupu atau bapa serta ibu saudara mereka sendiri.
Seramai empat dari lima anak Martha Colt berusia 11 dan 20 tahun adalah hasil perkahwinan dengan saudara kandung dan orang tuanya.
Kisah keluarga ini terbongkar pada Jun 2010 dan penyiasatan dilakukan hingga Julai 2012, setelah ada seorang budak mendengar tentang seorang gadis yang tidak terurus tinggal di hutan.
Daily Mirror
Keluarga ini juga tidak memiliki sumber air dan menyebabkan sebahagian besar anaknya menghadapi masalah kulit.
Keluarga Colt yang mendapat jolokan 'klan inses Colt' didakwa melakukan perkahwinan sedarah ini selama empat generasi sejak saudara bernama Tim dan June berhijrah dari New Zealand sekitar 1970an.
Daily Mirror
Keluarga itu memiliki hampir 40 ahli yang kesemuanya melakukan pernikahan sedarah dan kebanyakan anak yang terhasil menghadapi masalah kesihatan.
Jika anda suka cerita ini, sila share dengan kawan-kawan dan diharap sudi klik artikel penaja kami untuk sokong blog ini. Kami akan terus siarkan cerita menarik untuk anda.
Jika anda suka cerita ini, sila share dengan kawan-kawan dan diharap sudi klik artikel penaja kami untuk sokong blog ini. Kami akan terus siarkan cerita menarik untuk anda.
Sumber: Sosok
Loading...
Loading...
Post a Comment
0 Comments