semasa
PPSMI: Kenapa Nak Ulang Dasar Yang Gagal?
Cyberjaya - Coach Fadzil Hashim, Pengasas Brainy Bunch International Montessori menyuarakan kebimbangannya sekiranya pendidikan Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.
Baru-baru ini, Tun Mahathir Mohamed, Perdana Menteri selaku pemangku Menteri Pendidikan telah berkata, PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara ini.
Melalui siaran live di laman Facebooknya hari ini, Coach Fadzil berpendapat, langkah itu tidak tepat.
Menurutnya, “Tiada kajian kukuh yang mengatakan kalau tak belajar dalam bahasa Inggeris, penguasaan dalam matematik dan sains akan menurun.
Sebaliknya, kalau terus buat matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, pelajar Melayu terus tertinggal. Jika selama ini tak ada masalah, perubahan kepada PPSMI akan terus timbulkan masalah sebab penguasaan bahasa Inggeris ramai pelajar Melayu tak baik.”
Menurutnya, “Majoriti pelajar kita adalah mereka yang tidak menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan untuk komunikasi. Jika niat nak perkasakan bahasa Inggeris, galakkan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
“Kalau nak suruh penguasaan bahasa Inggeris, perkasakan bahasa Inggeris. Tambah masa belajar, tambah penggunaan dalam sekolah, adakan hari bahasa Inggeris di sekolah untuk galakkan penggunaan bahasa itu secara harian. Itu lebih logikal.
Tapi kalau nak ajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, ia akan terus buat para pelajar lemah dalam subjek-subjek itu.
Tolonglah… dulu Kementerian Pendidikan dah pernah buat PPSMI. Selepas itu, kajian dah dibuat dan ada penemuan yang ia tidak efektif. Kajian dah ada, Mengapa nak buat lagi?”
Sambil merayu kepada mereka yang berkenaan dan prihatin, Coach Fadzil mengajak mereka yang lain bersuara untuk menegur supaya keputusan itu tidak dilaksanakan.
“Kita tegur Tun M sebagai ayahanda. Kita ambil peluang dan bersuara. Kita minta yang lain-lain bersuara agar pelaksanaan PSSMI tidak dikembalikan. Saya mohon kawan-kawan dan penasihat-penasihat , tolonglah beritahu Tun M, kenapa nak buat dasar yang jelas gagal?”
Sumber: Norden Mohamed / Fadzil Hashim
Loading...
Loading...
Post a Comment
0 Comments