“Biarlah ibu bapa buang Saad, opah akan tetap jaga dengan penuh kasih sayang”
Begitulah luahan penjaga kepada seorang bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya dua bulan lalu.
Bayi yang dinamakan sempena nama sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqas itu kini ditempatkan di rumah perlindungan Baitus Solehah dan dijaga pengetuanya, Liza atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Opah.
Menurut Opah, dia berbesar hati untuk menjaga Saad dan belum bersedia untuk menyerahkan bayi itu kepada mana-mana keluarga angkat.
“Opah akan jaga Saad dengan kasih sayang. Opah tak lempar Saad pada orang lain. Opah belum bersedia untuk menyerahkan Saad kepada sesiapa. Dalam laporan polis pun Opah bagitahu buat masa sekarang ni Opah yang jaga Saad.
“Opah faham kenapa ibu dan keluarga kandung tinggalkan Saad. Kalau Saad tu comel, kulit cerah, hensem tentu mereka datang semula untuk jaga Saad.
“Takpe Saad, Allah ada bersama Saad dan pelihara Saad di dalam rahmatNya,” tulis Opah di Facebook.
Sementara itu, rata-rata netizen menyatakan rasa simpati terhadap bayi malang itu selain mengharapkan agar ada keluarga lain yang sudi menjaga dan membela Saad seperti kanak-kanak lain.