Loading...

Ibu Kesal Anak Darjah Satu Dibuli Hingga Cedera

Kejadian buli yang berlaku saban hari di sekolah amat membimbangkan ibu bapa dan masyarakat. Gejala ini seharusnya ditangani dengan bijak kerana ia melibatkan kesan bukan sahaja kepada mangsa malah masa depan negara.
Dalam kejadian tengah hari tadi, seorang ibu mendakwa anaknya yang baru belajar di darjah satu mengalami pendarahan di hidung akibat ditumbuk pelajar darjah dua atas sebab yang tidak jelas.
Ibu mangsa dikatakan hanya mengetahui kejadian itu ketika menjemput anaknya pulang dari sekolah.
"Kejadian ini berlaku tengah hari tadi (7 Ogos 2019). Mak bapak mana yang tak terkejut dan bimbang apabila melihat hidung anak berdarah dan menangis-nangis ketika dijemput pulang dari sekolah.
"Apabila ditanya, dia kata kena tumbuk. Whatt??!! Kena tumbuk! Rasa nak gugur jantung bila dengar apa yang dia kata. Anak saya baru darjah satu, budak yang menumbuk dia pula darjah dua. Apa salah anak saya? Apa yang dia sakit hati sangat dengan anak saya?" luahnya di dalam facebook.
Dia mendakwa kesal dengan kejadian itu memandangkan kejadian hanya melibatkan anak yang masih berusia lapan tahun.
Menangis bila keluar dari sekolah dan katanya ditumbuk pelajar darjah 2 7
Menangis bila keluar dari sekolah dan katanya ditumbuk pelajar darjah 2 9
Menangis bila keluar dari sekolah dan katanya ditumbuk pelajar darjah 2 11
"Kalau tak ada anak kecil dalam kereta, memang saya pergi cari budak yang tumbuk dia. Sebelum ini hanya baca kes-kes buli di sekolah. Bila dah terjadi pada anak sendiri, baru tahu apa rasanya. Memang rasa nak mengamuk diri ini," katanya lagi.
Dia memaklumkan aduan dibuat kepada pihak sekolah dan berharap tindakan sewajarnya dapat dilakukan supaya kejadian sama tidak berulang.
Edit By: Kalam Keluarga

Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments